Tuesday, April 6, 2010

MAKLUMAT SUKAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH KERIAN

1. PPD Kerian menjadi Pengerusi Pengelola Kejohanan Permainan Sepak Takraw dan Bola Baling MSSPk Peringkat Negeri 2010 :

1.1 Kejohanan Sepak Takraw :
1.1.1 Tarikh : 5 – 7 April 2010
1.1.2 Tempat : SM. Teknik Kerian, Bagan Serai, Perak
SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak
Dewan Pasar Awam, Bagan Serai, Perak
1.1.3 Penginapan : Asrama SM. Teknik Kerian, Bagan Serai, Perak
1.1.4 Penyertaan : Semua 10 daerah seluruh negeri Perak
1.1.5 Kategori Pertandingan : Berpasukan Bawah 12, 15 dan 18 Tahun.
1.1.6 Majlis Penutup akan disempurnakan oleh YB Sham bin Mat Sahat

1.2 Kejohanan Bola Baling:
1.2.1. Tarikh 3 – 6 Mei 2010.
1.2.3 Tempat : SK. Baru Parit Buntar, Perak
1.2.4 Penginapan – SM. Teknik Kerian, Bagan Serai, Perak
- SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar
- SMK Seri Perak, Parit Buntar, Perak
1.2.5 Kategori Pertandingan : Bawah 12, dan 18 tahun Lelaki dan Perempuan

2. Permainan yang Cemerlang di Daerah Kerian.
2.1 Bola Baling – Menjadi Johan Keseluruhan Peringkat Negeri sejak
tahun 2004 hingga tahun 2009
2.2 Bola Tampar _ Tahun 2010 –Menjadi Naib Johan Peringkat Negeri
Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Tempat ketiga kategori Lelaki Bawah
18 tahun.
2.3 Catur dan Kriket – Mendapat Johan Keseluruhan Peringkat
Negeri beberapa tahun lalu
2.4 Hoki – Tahun 2010 -Menjadi Johan Negeri Kategori Perempuan Bawah 12
Tahun ( SK. Sungai Burong )
3. Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
3.1 Sepak Takraw dan Hoki.( P) - SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai.
3.2 Olahraga - SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak
3.3 Badminton - SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak
3.4 Memanah - SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang, Perak
3.5 Bola Sepak - SMK Selinsing, Semanggol, Perak
3.6 Hoki Lelaki - SMK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak
4. Temasya Sukan Olahraga Tahunan Sekolah :
90 % sekolah rendah dan menengah telah mengadakan Temasya Sukan Olahraga Tahunan Sekolah.

5. Program Sukan sedang berlangsung dan telah berlangsung:
5.1 Pertandingan permainan peringkat Daerah ( Antara Sekolah dan antara kelompok )
5.2 Latihan Pasukan sekolah untuk bertanding dalam kejohanan Olahraga Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 23 – 25 Mac 2010 untuk Sekolah Rendah dan 29 Mac – 2 April 2010 bagi Sekolah Menengah.
5.3 Pasukan Hoki, Bola Tampar, renang dan golf telah bertanding di peringkat negeri

TUGAS-TUGAS PENGURUS PASUKAN PERINGKAT MSSM

Sebelum Latihan Pusat

1. Menerima surat lantikan dari PPD dan MSSPK

2. Membantu pengerusi teknik dan jurulatih dalam perancangan dan pengendalian sesi pemilihan
pasukan.

3. Membantu jurulatih menyediakan jadual lengkap latihan pusat dengan bantuan dan nasihat ketua kontinjen dan pengerusi teknik.

4. Membantu pihak pengelola menyediakan senarai lengkap pemain-pemain yang terpilih yang diberi untuk mengikuti latihan pusat.

5. Membantu pihak pengelola menyedia senarai terakhir pemain-pemain yang terpilih untuk tujuan surat menyurat dan pendaftaran pasukan{( Borang R01, M01, R02 dan M02 ) ( R02 dan M02 mestilah ditaip dan ditangani oleh Pengurus dan Setiausaha Agung MSSPk)}
• nama penuh pemain
• nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir
• alamat sekolah lengkap dan poskod
• alamat rumah dan nombor telefon
• tarikh lahir
• 2 keping gambar

6. Menyediakan dan mengedarkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi setiap pemain dan pegawai pasukan semasa latihan pusat.

7. Menyediakan dan mengedarkan kepada semua pemain peraturan-peraturan penginapan di hotel atau di asrama

8. Membantu Jurulatih menyediakan alat-alat dan keperluan latihan.

9. Mengumpul bagi pihak Pengelola dalam perkara-perkara berikut:
• surat kebenaran ibubapa / penjaga ( Borang R01 dan M01 )
• salilnan fotostat kad pengenalan / sijil lahir pemain-pemain yang disahkan oleh Pengetua, Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah masing-masing
• surat kebenaran rawatan kecemasan (dari sekolah)
• Gambar pemain dan lain-lain yang difikirkan perlu

Semasa Latihan Pusat

1. Mengurus pendaftaran pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan ditempat menginap.

2. Mengadakan taklimat pasukan bersama ketua kontinjen di tempat menginap untuk membincangkan perkara-perkara berikut
• peraturan-peraturan ditempat menginap
• jadual harian sepanjang latihan pusat
• jadual latihan
• jadual pengangkutan dalaman jika diperlukan
• kebajikan dan keselamatan pemain-pemain
• agihan tugas kepada pegawai-pegawai pasukan

3. Mengurus / menyelaras kelancaran latiihan
• Membantu jurulatih meyediakan alat / keperluan latihan yang mencukupi
• Menyelaras pengangkutan dalaman jika diperlukan
• menghadirkan diri pada setiap sesi latihan untuk mengawasi keperluan, keselamatan, kebajikan dan disiplin pemain.
• melaporkan kepada ketua kontinjen masalah dan kemajuan pasukan dari masa ke semasa
• bertindak segera mengatasi sebarang masalah yang timbul di tempat penginapan dan latihan
• menyediakan minuman mengikut dengan peruntukan yang diberikan untuk pemain-pemain semasa latihan.

4. Sentiasa mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai pasukan untuk membincangkan perkara-perkara berikut
. Etika kepegawaian
• kemajuan latihan
• kebajikan pemain-pemain
• keselamatan dan disiplin pemain-pemain
• hal-hal lain yang berkaitan

5. Mengurus perbelanjaan pasukan seperti yang telah diperuntukkan / diluluskan bendahari MSSPK
• Peruntukan latihan / minuman
• perubatan dan kecemasan

6. Memastikan semua borang-borang telah dilengkapkan khas borang R01 M01 telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung sertta dibukukan

Semasa Pertandingan / Kejohanan

1. Menyedia keperluan pasukan secukupnya
• jersi dan seluar pemain
• kasut dan stokin
• alatan pemain
• ubat dan kecemasan
• baju trek / batu-t
• Borang-Borang diperlukan dilengkapkan

2. Menghadiri mesyuarat pengurus pasukan yang diadakan oleh pihak penganjur

2. Menyampaikan maklumat berkaitan pengelolaan pertandingan / kejohanan yang
diterima dari
penganjur kepada pemain dan pegawai pasukan
• jadual makan (jika disediakan)
• jadual pertandingan
• majlis perasmian pembukaan dan penutup
• peraturan-peraturan penginapan / pertandingan

4. Menyusun jadual pergerakan pengakutan supaya bersesuaian dengan jadual pertandingan

5. Menghadiri setiap perlawanan yang melibatkan pasukan untuk membantu jurulatih mengatur strategi perlawanan / melakukan pertukaran pemain.

6. Membuat banthan (protest) dengan berpandukan prosedur yang betul jika didapati munasabah berbuat demikian. Sebarang bantahan yang hendak dibuat perlu dirunding dengan teliti bersama pengerusi teknik dan mendapat restu daripada ketua kontinjen terlebih dahulu.

7. Mengurus / menyelia kebajikan dan disiplin pemain-pemain sepanjang masa sama ada di tempat menginap atau digelanggang / padang pertandingan.
• urusan makan minum
• kesihatan
• jadual harian
• rekreasi dan riadah

8. Mengurus perbelanjaan pasukan seperti yang telah diperuntukan / dilulus JK Kerja MSSPk JPN Perak
• elaun makan
• elaun pertandingan / harian
• perubatan dan kecemasan
• Elaun perjalanan pergi dan balik

Selepas Pertandingan / Kejohanan

1. Mengurus perjalanan balik pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan hingga ke stesen masing-masing di mana guru atau warisnya menunggu

2. Mengumpul dan mengembalikan alatan dan keperluan pemain kepada Pengerusi Teknik untuk dikembalikan kepada pihak Unit Sukan
• jersi dan seluar
• bola dan sebagainya

3. Menyediakan laporan pertandingan terutama dari aspek pengurusuan pasukan

4. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan pasukan yang lengkap untuk dikemukakan kepada ketua kontinjen (gunakan borang-borang yang disediakan)

MAKLUMAT MENGELOLA KEJOHANAN PERINGKAT DAERAH 2010

Kepada Semua Pengerusi Pengelola Kejohanan Permainan Peringkat Kelompok dan Peringkat Daerah Sekolah-Sekolah
Menengah dan Rendah Daerah Kerian 2010

1. Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan tidak perlu diadakan.
2. Pengerusi Pengelola Kejohanan Peringkat Daerah diminta menghantar maklumat kejohanan kepada semua Pengerusi Permainan Kelompok.
3. Pengerusi Pengelola Kejohanan Permainan Peringkat Kelompok diminta menghantar maklumat Kejohanan kepada semua sekolah yang terlibat dalam kelompok masing-masing.
4. Pengerusi Pengelola diharap dapat berbincang dengan Pengerusi Teknik Permainan sebelum mengeluarkan maklumat kepada pihak berkenaan.
5. Maklumat yang perlu dihantar kepada pihak yang terlibat:
a. Nama Kejohanan
b. AJK Pengelola.
c. Tarikh Kejohanan
d. Tempat dan Masa Kejohanan
e. Pendaftaran Pasukan
f. Bayaran Penyertaan ( jika ada )
g. Sistem Pertandingan
h. Tarikh Tutup Penyertaan
i. Tarikh, Masa dan Tempat melapor diri
j. Jumlah Pemain dan Pegawai
k. Jumlah Pengadil dan bayaran ( jika ada )
l. Jadual Perlawanan –( Tempat dan Masa )
m. Peraturan Pertandingan
n. Peraturan AM Kejohanan
o. Majlis Penutup
p. Hal-Hal Lain

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW MSSPK 2010

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF[Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini] dan peraturan Am MSSPK dan MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut:

2.1.1 Antara PASUKAN Peringkat umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun lelaki .
3. PENGURUSAN
3.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh MSS Negeri Perak
3.2 Urusan pengelolaan kejohanan dikelolalakan oleh MSS Daerah Kerian
3.3 Gelanggang : Dewan SMT – bawah 18 tahun
Dewan Pasar Awam agan Serai – B 12 tahun
Dewan SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar – B 15 tahun

4. PENDAFTARAN PEMAIN/ PENYERTAAN
4.1 Setiap pasukan MSS Daerah akan diwakili oleh satu pasukan bawah 12, 15 dan 18 tahun.
4.2 Kapasiti setiap pasukan MSS Daerah terdiri daripada :
4.2.1 PTPS = 1 orang
4.2.2 Pengurus = 3 orang
4.2.3 Jurulatih = 3 orang
4.2.4 Pen. Jurulatih = 3 orang
4.2.5 Pemain = 36 orang
4.3 Pendaftaran setiap pasukan MSS Daerah adalah seperti berikut :
4.3.1 Pasukan bawah 12 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3.2 Pasukan bawah 15 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3.3 Pasukan bawah 18 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3 Hanya pemain pemain yang didaftarkan sahaja sah dan layak menyertai pertandingan ini.
4.4 Hanya pemain-pemain yang bersekolah di dalam Negeri Perak dan pemain-pemain sekolah swasta yang berdaftar dengan MSSPK sahaja boleh bertanding dalam kejohanan ini.
4.5 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula. Selepas itu sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan
4.6 Semua pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang M01
untuk sekolah menengah dan R01 untuk sekolah rendah.
4.7 Pelajar Tingkatan 6 atas tidak dienarkan bermain dalam kejohanan ini




5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Penentuan peringkat umur semua ketegori pemain hendaklah di ambilkira pada 1 januari tahun permainan iaitu 2010
5.2 Pemain hanya dienarkan bermain untuk satu ketegori sahaja mengikut peringkat umurnya
5.3 Semua pemain dikehendaki memawa kad pengenalan/Sijil Kelahiran asal. Salinan fotokopi yang disahkan oleh S/U Daerah/Guru Besar/Pengetua diterima guna.Jika kehilangan kad pengenalan/Sijil Lahir borang 1/9 dan 1/11 oleh diguna pakai.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Acara berpasukan

6.1.1 Peringkat awal liga satu pusingan dalam 3 kumpulan A,B dan C
6.1.2 Pemenang pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan memasuki peringkat kedua yang dijalankan secara satu pusingan dalam 2 kumpulan X dan Y
6.1.3 Pemenang pertama kupulan Kumpulan X akan bertemu dengan pemenang kumpulan pertama kumpulan Y untuk menentukan johan dan Nai Johan kejohanan.Manakala pemenang kedua X dan Y akan bertemu untuk tempat ketiga dan keempat kejohanan.
6.1.4 Untuk pertandingan pusingan kedua ketiga-tiga pemenang pertama kumpulan akan diundi untuk diletakkan di tempat X1, Y1 dan Y2. Manakala pemenang kedua setiap kumpulan akan diundi berasingan daripada pemenang tempat pertama di kedudukan X2,X3 dan Y3.Pemenang pertama dan kedua setiap kumpulan akan dipisahkan sebagai contoh juka pemenang pertama kumpulanA di kedudukan X1 maka pemenang keduanya dikedudukan Y3. egitu juga jika pemenang pertama kumpulan B di kedudukan Y1 maka pemenang keduanya akan berada dikedudukan X2 atau X3
6.1.5 Pada peringkat akhir pertandingan tempat ketiga dan keempat akan dijalankan serentak dengan pertandingan akhir.














7. MENENTUKAN KEPUTUSAN

7.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang pertama kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang kedua

7,2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.

7.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukandengan mengikut tertib berikut:-

7.3.1 Kiraan pperbezaan REGU [difference] daripada jumlah regu
menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.


7.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka
kaedah berikut dilakukan:


7.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

7.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamat akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 11 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan memilih petak gelanggang.

7.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukanyang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Resmi yang bertugas.

7.6 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.

7.7 Seorang pemain boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

7.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.
8. PAKAIAN

8.1 Semua pakaian hendaklah mempunyai nombor di bahagian belakang
8.2 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang
kejohanan.
8.4 Sila rujuk undang-undang 6 permainan Sepak Takraw
8.5. Semua pemain mestilah memakai jersey yang seragam dan jika terdapat
masalah tertentu keputusan bersama pengurus pasukan hendaklah
ambilkira.


9. BOLA / ALATAN

9.1 Bola yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah seperfti berikut

9.1.1 Bawah 12 tahun : Gajah Emas 411
9.1.2 Bawah 15 tahun : Gajah Emas 511
9.1.3 Bawah 18 tahun : Gajah Emas 511

9.2 Spesifikasi peralatan untuk pertandingan bawah umur 12 tahun diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Sepak Takraw MSSPK/MSSM

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Pasukan /Regu yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.
10.2 Sekiranya ada pasukan /regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan/regu tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil keatas pasukan yang berkenaan.

11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus
Pasukan sahaja kepada juri rayuan.

11.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan [status] peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan tersebut boleh mengambil bahagian dibawah bantahan [ under protest ] dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.

11.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawana itu tamat.

11.4 Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai sebanyak RM 300.00
[Ringgit Tiga Ratus Sahaja]. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.

11.5 Keputiusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan semua pengurus pasukan, keputusannya adalah muktamat.

11.6 Sila rujuk peraturan AM [12] MSSM


12. JURI RAYUAN

12.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang [minimum] atau 7 orang
[maksimum] iaitu :

12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/ wakilnya
12.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
12.1.3 Penyelaras Permainan Sepak Takraw msspk
12.1.4 Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw msspk
12.1.5 3 orang Pengurus Pasukan MSS Negeri yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut

13. LEMBAGA TATATERTIB

13.1 Lembaga ini terdiri daripada:
11.1.1 Pengarah Pelajaran Perak atau Wakilnya
11.1.2 Pengerusi Pengelola Pertandingan atau wakilnya
11.1.3 Penyelaras Permainan Sepak Takraw msspk
11.1.4 Pengerusi Teknik Sepaktakraw MSSPK
11.1.5 Pengerusi Jawatan kuasa Kepengadilan pertandingan

11.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk:
11.2.1 Memberi amaran
11.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
11.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
11.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang


11.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya
mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia

11.3 Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSPK secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut.

11.4 Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh SSPK/MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia[ PSM ]

12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

12.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh Jawatankuasa Pengelola
12.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan
bertugas disepanjang kejohanan ini juga akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.3 Semua keputusan yanag telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD

13. PENGGANTUNGAN
Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil, maka dengan serta-merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

14 KESELAMATAN

14.1 Semua pegawai dan Peserta MSS Daerah yang menyertai kejohanan ini hendaklah dilindungi insur an

14.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku:

14.1.1 semasa perjalanan pergi dan balik
14.1 2 semasa kejohanan dijalankan
14.1.3 di dalam dan di luar kawasan pertandingan
14.1 4 di tempat-tempat penginapan

walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi mempastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang termampu

14.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan MSSPK berhubung dengan kejohanan yang
diadakan.


15. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

15.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi, Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan maka ia juga wajib dipatuhi

15.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

STANDARD OPERATION PROSIDURE ( SOP ) SUKAN BIDANG PENGANGKUTAN/PERGERAKAN

1. Pastikan kenderaan yang digunakan adalah selamat dan sesuai berada di atas jalanraya.
2. Pastikan usia kenderaan tidak terlalu lama.
3. Pastikan pemeriksan kenderaan( servis ) telah dilakukan.
4. Pastikan cukai jalan masih sah.
5. Pastikan kenderaan ada perlindungan insuran.
6. pastikan tayar kenderaan dalam keadaan yang baik dan mempunyai angin yang mencukupi.
7. Pastikan semua alat-alat dikenderaan berfungi dengan baik.
8. Pastikan mempunyai minyak yang mencukupi untuk sampai ke destinasi
9. Pastikan pemandu kenderaan mempunyai lesen memandu yang sah.
10. Pastikan pemandu tahu dan mahir jalan tempat yang hendak dituju.
11. Pastikan jumlah penumpang yang akan menaiki kenderaan tersebut seperti yang dicadangkan oleh pihak JPJ.
12. Pastikan jumlah penumpang kereta hanya 4 orang, MPV 8 orang, Bas 40 orang.
13. Pastikan kenderaan yang dinaiki memang kenderaan untuk membawa penumpang bukan membawa barangan.
14. Pasti semua penumpang telah berada di dalam kenderaan sebelum kenderaan bergerak.
15. Pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.
16. Pastikan semua penumpang tidak bermain dan bergurau di dalam kenderaan semasa kenderaan sedang bergerak.
17. Pastikan pemandu mematuhi segala peraturan jalan raya.
18. Pastikan pemandu memauhi had laju yang ditetapkan.
19. Pasti pemandu tidak menggunakan telefon semasa memandu.
20. Pastikan pemandu sihat dan tidak mengantuk ketika memandu.
21. Pasti pemandu mahir dengan laluan yang dilalui dan boleh menuju ke destinasi dengan mudah.
22. Pastikan ada dua orang pemandu bagi perjalanan yang jauh
23. Pastikan kenderaan benar-benar berhenti barulah penumpang turun
24. Pastikan penumpang selamat melintas jalanraya jika perlu melintas jalan.
25. Pasti semua penumpang telah tiba di tempat yang dituju barulah menggerakkan kenderaan.
26. Pasti semua penumpang balik yang dari pertandingan berada semula di dalam kenderaan.
27. Pastikan semua alatan yang dibawa tidak tertinggal.
28. Pastikan membuat laporan segera kepada pihak sekolah dan pihak kenalan yang terdekat jika berlaku kemalangan.
29. Pastikan atlet tidak menaiki kenderaan orang yang tidak mereka kenali
30. Pasti perjalanan dirancang dan bergerak awal supaya perjalanan tidak lewat sampai dengan selamat. Tiada perjalanan dilakukan pada sebelah malam.

CONTOH BORANG MAKLUMAT PERMAINAN 2010

BORANG MAKLUMAT PERMAINAN 2010

1.

NAMA PERMAINAN

2.

NAMA PTPS

3

ALAMAT PTPS

4

NO. FON PTPS

5.

AJK TEKNIK PERMAINAN

A.

NAMA

ALAMAT

B.

NAMA

ALAMAT

C.

NAMA

ALAMAT

D.

NAMA

ALAMAT

E

NAMA

ALAMAT

F.

NAMA

ALAMAT

G.

NAMA

ALAMAT

6

PENGERUSI PERMAINAN KELOMPOK , TARIKH DAN TEMPAT PENGELOLAAN

KELOMPOK 1

SK.

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 2

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 3

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 4

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 5

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 6

TARIKH

TEMPAT

KELOMPOK 7

TARIKH

TEMPAT

7

PENGERUSI PERMAINAN DAERAH (RENDAH), TARIKH DAN TEMPAT PENGELOLAAN

NAMA SEKOLAH

SK

TARIKH

TEMPAT

8

PENGERUSI PERMAINAN DAERAH (MENENGAH), TARIKH DAN TEMPAT PENGELOLAAN

NAMA SEKOLAH

SMK

TARIKH

TEMPAT

9.

KEPUTUSAN KEJOHANAN PERINGKAT KELOMPOK

KELOMPOK 1

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 2

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 3

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 4

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 5

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 6

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELOMPOK 7

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

10

KEPUTUSAN KEJOHANAN PERINGKAT DAERAH (RENDAH )

NAMA KELOMPOK/SEKOLAH

CATATAN

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

KEEMAN

11

KEPUTUSAN KEJOHANAN PERINGKAT DAERAH (MENENGAH )

NAMA PEMENANG/ SEKOLAH

CATATAN

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

KEEMAN

12

SENARAI SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

( RENDAH )

NAMA SEKOLAH

L12

P12

KELOMPOK 1

A

B

C

D

E

F

G

KELOMPOK 2

A

B

C

D

E

F

G

KELOMPOK 3

A

B

C

D

E

F

G

SENARAI SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN ( RENDAH )

KELOMPOK 4

NAMA SEKOLAH

L12

P12

A

B

C

D

E

F

G

KELOMPOK 5

A

B

C

D

E

F

G

KELOMPOK 6

A

B

C

D

E

F

G

KELOMPOK 7

A

B

C

D

E

F

G

13

SENARAI SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN (MENENGAH )

KATEGORI

NAMA SEKOLAH

L 15 TKB

P15 TKB

L18TKB

P18TKB

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

* Tandakan X di ruang berkenaan

14

SENARAI NAMA GURU YANG MEWAKILI DAERAH KERIAN

KE PERINGKAT NEGERI

Bil.

Nama Guru

Tugasan

Alamat Sekolah

Pengurus L12

Pengurus P12

Pengurus L15

Pengurus P15

Pengurus L18

Pengurus P18

Jurulatih L12

Jurulatih P12

Jurulatih L15

Jurulatih P15

Jurulatih L18

Jurulatih P18

Penolong J/L

15

SENARAI NAMA PEMAIN YANG MEWAKILI DAERAH KERIAN

KE PERINGKAT NEGERI

Bil.

Nama Pemain

Kategori

Alamat Sekolah

16

NAMA GURU DAERAH KERIAN YANG MEWAKILI MSS PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN ( MSSM )

NAMA GURU

ALAMAT SEKOLAH

TUGASAN

A

B

C

D

E

F

17

NAMA PEMAIN DAERAH KERIAN YANG MEWAKILI MSS PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN ( MSSM )

NAMA PEMAIN

ALAMAT SEKOLAH

KATEGORI

A

B

C

D

E

F

18

KEPUTUSAN PERINGKAT NEGERI (MSSPk ) 2010

KEDUDUKAN /KAT

L18

P18

L15

P15

L12

P12

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

SUKU AKHIR

PUSIANGAN AWAL

19

KEPUTUSAN PERINGKAT NEGERI (MSSPk ) 2009

KEDUDUKAN /KAT

L18

P18

L15

P15

L12

P12

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

SUKU AKHIR

PUSIANGAN AWAL

· Tandakan X di ruang berkenaan

20

CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN PERMAINAN

NAMA PROGRAM

TARIKH CADANGAN

A

B

C

D

E

21.

SENARAI NAMA PENGADIL YANG BERTAULIAH DAERAH KERIAN

BIL.

NAMA PENGADIL

ALAMAT SEKOLAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

22

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PERMAINAN

KOMEN DAN CADANGAN

TINDAKAN

A

B

C.