Tuesday, April 6, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW MSSPK 2010

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF[Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini] dan peraturan Am MSSPK dan MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut:

2.1.1 Antara PASUKAN Peringkat umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun lelaki .
3. PENGURUSAN
3.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh MSS Negeri Perak
3.2 Urusan pengelolaan kejohanan dikelolalakan oleh MSS Daerah Kerian
3.3 Gelanggang : Dewan SMT – bawah 18 tahun
Dewan Pasar Awam agan Serai – B 12 tahun
Dewan SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar – B 15 tahun

4. PENDAFTARAN PEMAIN/ PENYERTAAN
4.1 Setiap pasukan MSS Daerah akan diwakili oleh satu pasukan bawah 12, 15 dan 18 tahun.
4.2 Kapasiti setiap pasukan MSS Daerah terdiri daripada :
4.2.1 PTPS = 1 orang
4.2.2 Pengurus = 3 orang
4.2.3 Jurulatih = 3 orang
4.2.4 Pen. Jurulatih = 3 orang
4.2.5 Pemain = 36 orang
4.3 Pendaftaran setiap pasukan MSS Daerah adalah seperti berikut :
4.3.1 Pasukan bawah 12 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3.2 Pasukan bawah 15 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3.3 Pasukan bawah 18 tahun akan mengandungi 3 regu sepasukan dengan 3
pemain simpanan boleh didaftarkan.
4.3 Hanya pemain pemain yang didaftarkan sahaja sah dan layak menyertai pertandingan ini.
4.4 Hanya pemain-pemain yang bersekolah di dalam Negeri Perak dan pemain-pemain sekolah swasta yang berdaftar dengan MSSPK sahaja boleh bertanding dalam kejohanan ini.
4.5 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa taklimat Pengurus Pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula. Selepas itu sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan
4.6 Semua pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang M01
untuk sekolah menengah dan R01 untuk sekolah rendah.
4.7 Pelajar Tingkatan 6 atas tidak dienarkan bermain dalam kejohanan ini




5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Penentuan peringkat umur semua ketegori pemain hendaklah di ambilkira pada 1 januari tahun permainan iaitu 2010
5.2 Pemain hanya dienarkan bermain untuk satu ketegori sahaja mengikut peringkat umurnya
5.3 Semua pemain dikehendaki memawa kad pengenalan/Sijil Kelahiran asal. Salinan fotokopi yang disahkan oleh S/U Daerah/Guru Besar/Pengetua diterima guna.Jika kehilangan kad pengenalan/Sijil Lahir borang 1/9 dan 1/11 oleh diguna pakai.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Acara berpasukan

6.1.1 Peringkat awal liga satu pusingan dalam 3 kumpulan A,B dan C
6.1.2 Pemenang pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan memasuki peringkat kedua yang dijalankan secara satu pusingan dalam 2 kumpulan X dan Y
6.1.3 Pemenang pertama kupulan Kumpulan X akan bertemu dengan pemenang kumpulan pertama kumpulan Y untuk menentukan johan dan Nai Johan kejohanan.Manakala pemenang kedua X dan Y akan bertemu untuk tempat ketiga dan keempat kejohanan.
6.1.4 Untuk pertandingan pusingan kedua ketiga-tiga pemenang pertama kumpulan akan diundi untuk diletakkan di tempat X1, Y1 dan Y2. Manakala pemenang kedua setiap kumpulan akan diundi berasingan daripada pemenang tempat pertama di kedudukan X2,X3 dan Y3.Pemenang pertama dan kedua setiap kumpulan akan dipisahkan sebagai contoh juka pemenang pertama kumpulanA di kedudukan X1 maka pemenang keduanya dikedudukan Y3. egitu juga jika pemenang pertama kumpulan B di kedudukan Y1 maka pemenang keduanya akan berada dikedudukan X2 atau X3
6.1.5 Pada peringkat akhir pertandingan tempat ketiga dan keempat akan dijalankan serentak dengan pertandingan akhir.














7. MENENTUKAN KEPUTUSAN

7.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang pertama kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diistiharkan sebagai pemenang kedua

7,2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.

7.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukandengan mengikut tertib berikut:-

7.3.1 Kiraan pperbezaan REGU [difference] daripada jumlah regu
menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.2 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.


7.4 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka
kaedah berikut dilakukan:


7.4.1 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

7.4.2 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamat akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 11 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan memilih petak gelanggang.

7.5 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukanyang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Resmi yang bertugas.

7.6 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.

7.7 Seorang pemain boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

7.8 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.
8. PAKAIAN

8.1 Semua pakaian hendaklah mempunyai nombor di bahagian belakang
8.2 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor yang sama sepanjang
kejohanan.
8.4 Sila rujuk undang-undang 6 permainan Sepak Takraw
8.5. Semua pemain mestilah memakai jersey yang seragam dan jika terdapat
masalah tertentu keputusan bersama pengurus pasukan hendaklah
ambilkira.


9. BOLA / ALATAN

9.1 Bola yang akan digunakan dalam kejohanan ini adalah seperfti berikut

9.1.1 Bawah 12 tahun : Gajah Emas 411
9.1.2 Bawah 15 tahun : Gajah Emas 511
9.1.3 Bawah 18 tahun : Gajah Emas 511

9.2 Spesifikasi peralatan untuk pertandingan bawah umur 12 tahun diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Sepak Takraw MSSPK/MSSM

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Pasukan /Regu yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.
10.2 Sekiranya ada pasukan /regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan/regu tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil keatas pasukan yang berkenaan.

11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus
Pasukan sahaja kepada juri rayuan.

11.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan [status] peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan tersebut boleh mengambil bahagian dibawah bantahan [ under protest ] dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.

11.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawana itu tamat.

11.4 Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai sebanyak RM 300.00
[Ringgit Tiga Ratus Sahaja]. Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.

11.5 Keputiusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan semua pengurus pasukan, keputusannya adalah muktamat.

11.6 Sila rujuk peraturan AM [12] MSSM


12. JURI RAYUAN

12.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang [minimum] atau 7 orang
[maksimum] iaitu :

12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/ wakilnya
12.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
12.1.3 Penyelaras Permainan Sepak Takraw msspk
12.1.4 Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw msspk
12.1.5 3 orang Pengurus Pasukan MSS Negeri yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut

13. LEMBAGA TATATERTIB

13.1 Lembaga ini terdiri daripada:
11.1.1 Pengarah Pelajaran Perak atau Wakilnya
11.1.2 Pengerusi Pengelola Pertandingan atau wakilnya
11.1.3 Penyelaras Permainan Sepak Takraw msspk
11.1.4 Pengerusi Teknik Sepaktakraw MSSPK
11.1.5 Pengerusi Jawatan kuasa Kepengadilan pertandingan

11.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk:
11.2.1 Memberi amaran
11.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
11.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
11.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang


11.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya
mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia

11.3 Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSPK secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut.

11.4 Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh SSPK/MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia[ PSM ]

12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

12.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh Jawatankuasa Pengelola
12.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan
bertugas disepanjang kejohanan ini juga akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
12.3 Semua keputusan yanag telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD

13. PENGGANTUNGAN
Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil, maka dengan serta-merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

14 KESELAMATAN

14.1 Semua pegawai dan Peserta MSS Daerah yang menyertai kejohanan ini hendaklah dilindungi insur an

14.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku:

14.1.1 semasa perjalanan pergi dan balik
14.1 2 semasa kejohanan dijalankan
14.1.3 di dalam dan di luar kawasan pertandingan
14.1 4 di tempat-tempat penginapan

walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi mempastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang termampu

14.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan MSSPK berhubung dengan kejohanan yang
diadakan.


15. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

15.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi, Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan maka ia juga wajib dipatuhi

15.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

No comments:

Post a Comment