Tuesday, April 6, 2010

STANDARD OPERATION PROSIDURE ( SOP ) SUKAN BIDANG PENGANGKUTAN/PERGERAKAN

1. Pastikan kenderaan yang digunakan adalah selamat dan sesuai berada di atas jalanraya.
2. Pastikan usia kenderaan tidak terlalu lama.
3. Pastikan pemeriksan kenderaan( servis ) telah dilakukan.
4. Pastikan cukai jalan masih sah.
5. Pastikan kenderaan ada perlindungan insuran.
6. pastikan tayar kenderaan dalam keadaan yang baik dan mempunyai angin yang mencukupi.
7. Pastikan semua alat-alat dikenderaan berfungi dengan baik.
8. Pastikan mempunyai minyak yang mencukupi untuk sampai ke destinasi
9. Pastikan pemandu kenderaan mempunyai lesen memandu yang sah.
10. Pastikan pemandu tahu dan mahir jalan tempat yang hendak dituju.
11. Pastikan jumlah penumpang yang akan menaiki kenderaan tersebut seperti yang dicadangkan oleh pihak JPJ.
12. Pastikan jumlah penumpang kereta hanya 4 orang, MPV 8 orang, Bas 40 orang.
13. Pastikan kenderaan yang dinaiki memang kenderaan untuk membawa penumpang bukan membawa barangan.
14. Pasti semua penumpang telah berada di dalam kenderaan sebelum kenderaan bergerak.
15. Pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.
16. Pastikan semua penumpang tidak bermain dan bergurau di dalam kenderaan semasa kenderaan sedang bergerak.
17. Pastikan pemandu mematuhi segala peraturan jalan raya.
18. Pastikan pemandu memauhi had laju yang ditetapkan.
19. Pasti pemandu tidak menggunakan telefon semasa memandu.
20. Pastikan pemandu sihat dan tidak mengantuk ketika memandu.
21. Pasti pemandu mahir dengan laluan yang dilalui dan boleh menuju ke destinasi dengan mudah.
22. Pastikan ada dua orang pemandu bagi perjalanan yang jauh
23. Pastikan kenderaan benar-benar berhenti barulah penumpang turun
24. Pastikan penumpang selamat melintas jalanraya jika perlu melintas jalan.
25. Pasti semua penumpang telah tiba di tempat yang dituju barulah menggerakkan kenderaan.
26. Pasti semua penumpang balik yang dari pertandingan berada semula di dalam kenderaan.
27. Pastikan semua alatan yang dibawa tidak tertinggal.
28. Pastikan membuat laporan segera kepada pihak sekolah dan pihak kenalan yang terdekat jika berlaku kemalangan.
29. Pastikan atlet tidak menaiki kenderaan orang yang tidak mereka kenali
30. Pasti perjalanan dirancang dan bergerak awal supaya perjalanan tidak lewat sampai dengan selamat. Tiada perjalanan dilakukan pada sebelah malam.

No comments:

Post a Comment