Tuesday, April 6, 2010

TUGAS-TUGAS PENGURUS PASUKAN PERINGKAT MSSM

Sebelum Latihan Pusat

1. Menerima surat lantikan dari PPD dan MSSPK

2. Membantu pengerusi teknik dan jurulatih dalam perancangan dan pengendalian sesi pemilihan
pasukan.

3. Membantu jurulatih menyediakan jadual lengkap latihan pusat dengan bantuan dan nasihat ketua kontinjen dan pengerusi teknik.

4. Membantu pihak pengelola menyediakan senarai lengkap pemain-pemain yang terpilih yang diberi untuk mengikuti latihan pusat.

5. Membantu pihak pengelola menyedia senarai terakhir pemain-pemain yang terpilih untuk tujuan surat menyurat dan pendaftaran pasukan{( Borang R01, M01, R02 dan M02 ) ( R02 dan M02 mestilah ditaip dan ditangani oleh Pengurus dan Setiausaha Agung MSSPk)}
• nama penuh pemain
• nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir
• alamat sekolah lengkap dan poskod
• alamat rumah dan nombor telefon
• tarikh lahir
• 2 keping gambar

6. Menyediakan dan mengedarkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi setiap pemain dan pegawai pasukan semasa latihan pusat.

7. Menyediakan dan mengedarkan kepada semua pemain peraturan-peraturan penginapan di hotel atau di asrama

8. Membantu Jurulatih menyediakan alat-alat dan keperluan latihan.

9. Mengumpul bagi pihak Pengelola dalam perkara-perkara berikut:
• surat kebenaran ibubapa / penjaga ( Borang R01 dan M01 )
• salilnan fotostat kad pengenalan / sijil lahir pemain-pemain yang disahkan oleh Pengetua, Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah masing-masing
• surat kebenaran rawatan kecemasan (dari sekolah)
• Gambar pemain dan lain-lain yang difikirkan perlu

Semasa Latihan Pusat

1. Mengurus pendaftaran pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan ditempat menginap.

2. Mengadakan taklimat pasukan bersama ketua kontinjen di tempat menginap untuk membincangkan perkara-perkara berikut
• peraturan-peraturan ditempat menginap
• jadual harian sepanjang latihan pusat
• jadual latihan
• jadual pengangkutan dalaman jika diperlukan
• kebajikan dan keselamatan pemain-pemain
• agihan tugas kepada pegawai-pegawai pasukan

3. Mengurus / menyelaras kelancaran latiihan
• Membantu jurulatih meyediakan alat / keperluan latihan yang mencukupi
• Menyelaras pengangkutan dalaman jika diperlukan
• menghadirkan diri pada setiap sesi latihan untuk mengawasi keperluan, keselamatan, kebajikan dan disiplin pemain.
• melaporkan kepada ketua kontinjen masalah dan kemajuan pasukan dari masa ke semasa
• bertindak segera mengatasi sebarang masalah yang timbul di tempat penginapan dan latihan
• menyediakan minuman mengikut dengan peruntukan yang diberikan untuk pemain-pemain semasa latihan.

4. Sentiasa mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai pasukan untuk membincangkan perkara-perkara berikut
. Etika kepegawaian
• kemajuan latihan
• kebajikan pemain-pemain
• keselamatan dan disiplin pemain-pemain
• hal-hal lain yang berkaitan

5. Mengurus perbelanjaan pasukan seperti yang telah diperuntukkan / diluluskan bendahari MSSPK
• Peruntukan latihan / minuman
• perubatan dan kecemasan

6. Memastikan semua borang-borang telah dilengkapkan khas borang R01 M01 telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung sertta dibukukan

Semasa Pertandingan / Kejohanan

1. Menyedia keperluan pasukan secukupnya
• jersi dan seluar pemain
• kasut dan stokin
• alatan pemain
• ubat dan kecemasan
• baju trek / batu-t
• Borang-Borang diperlukan dilengkapkan

2. Menghadiri mesyuarat pengurus pasukan yang diadakan oleh pihak penganjur

2. Menyampaikan maklumat berkaitan pengelolaan pertandingan / kejohanan yang
diterima dari
penganjur kepada pemain dan pegawai pasukan
• jadual makan (jika disediakan)
• jadual pertandingan
• majlis perasmian pembukaan dan penutup
• peraturan-peraturan penginapan / pertandingan

4. Menyusun jadual pergerakan pengakutan supaya bersesuaian dengan jadual pertandingan

5. Menghadiri setiap perlawanan yang melibatkan pasukan untuk membantu jurulatih mengatur strategi perlawanan / melakukan pertukaran pemain.

6. Membuat banthan (protest) dengan berpandukan prosedur yang betul jika didapati munasabah berbuat demikian. Sebarang bantahan yang hendak dibuat perlu dirunding dengan teliti bersama pengerusi teknik dan mendapat restu daripada ketua kontinjen terlebih dahulu.

7. Mengurus / menyelia kebajikan dan disiplin pemain-pemain sepanjang masa sama ada di tempat menginap atau digelanggang / padang pertandingan.
• urusan makan minum
• kesihatan
• jadual harian
• rekreasi dan riadah

8. Mengurus perbelanjaan pasukan seperti yang telah diperuntukan / dilulus JK Kerja MSSPk JPN Perak
• elaun makan
• elaun pertandingan / harian
• perubatan dan kecemasan
• Elaun perjalanan pergi dan balik

Selepas Pertandingan / Kejohanan

1. Mengurus perjalanan balik pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan hingga ke stesen masing-masing di mana guru atau warisnya menunggu

2. Mengumpul dan mengembalikan alatan dan keperluan pemain kepada Pengerusi Teknik untuk dikembalikan kepada pihak Unit Sukan
• jersi dan seluar
• bola dan sebagainya

3. Menyediakan laporan pertandingan terutama dari aspek pengurusuan pasukan

4. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan pasukan yang lengkap untuk dikemukakan kepada ketua kontinjen (gunakan borang-borang yang disediakan)

No comments:

Post a Comment